- Ilmu
- Amal
- Ehsan
- Memelihara
KUPASAN 1
- ILMU - Suami/isteri haruslah mempunyai pengetahuan Asas Agama dan Hukum Perkahwinan (panduan hidup bersuami/isteri).
- AMAL - Suami/isteri haruslah mengamalkan ilmu yang ada.
- EHSAN - Pengertian ehsan adalah luas, ia meliputi segala-galanya dalam kehidupan bersuami/isteri dan dibahagikan kepada dua:
2) Suami/isteri haruslah berlaku ehsan terhadap pasangannya.
- MEMELIHARA - Pengertian memelihara adalah luas, ia meliputi segala-galanya dalam kehidupan bersuami/isteri dan dibahagikan kepada dua:
2) Suami/ Isteriharuslah mempunyai sifat memelihara mahligai
yang dibina.
KUPASAN 2
- SUAMI - Suami yang berilmu tetapi tidak beramal (ehsan pada isteri).
Mulut Celupar dan Ringan Tangan;
Suami jenis ini akan mencemuh, menghina, memaki hamun serta memukul isteri dengan cara keterlaluan apabila isterinya melakukan kesilapan dan kesalahan sekalipun pada perkara yang kecil sedangkan suami itu tahu (berilmu) bahawa ia tidak seharusnya berbuat begitu terhadap isterinya.
Ini jelas menunjukkan suami yang berilmu tetapi tidak beramal bukanlah jenis suami yang baik. Apabila seseorang suami tidak beramal pada ilmu yang ada dengan sendirinya suami tersebut tidak mempunyai sifat ehsan dan sifat memelihara. Jelas kelihatan terdapatnya kepincangan jauh dari kerukunan dalam rumahtangga yang mana boleh membawa kepada keretakan dan kehancuran (perceraian).
Sayang seribu kali sayang
Ditelan pahit dibuang sayang
Diawal perkahwinan engkaulah yang kusayang
Bila berselisihan segala-galanya melayang
Dan bergaullah dengan perempuan-perempuanmu secara patut dan jika kamu kurang suka kepadanya mungkin kiranya apa yang kurang kamu sukai itu tetapi Allah mengadakan kebaikan yang banyak di dalamnya. ~ Surah Annisaa' - ayat 19.
HURAIAN
(Suami hendaklah memperlakukan isterinya dengan baik dan kalau kebetulan dia kurang suka kepada isterinya itu oleh kerana sesuatu keadaan, janganlah dia menurutkan saja perasaan benci itu atau hendak menceraikannya, melainkan hendaklah ditimbangnya lebih dalam, mungkin ada juga kebaikan-kebaikan pada isterinya itu atau mungkin juga kebenciannya tidak berdasarkan pada pertimbangan yang sihat).
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari yang lain dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian dari hartanya. Sebab itu perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan-perempuan yang patuh dan menjaga dirinya dipembelakangan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara dirinya. Dan perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan derhaka, berilah kepadanya pengajaran yang baik dan hukumlah dengan memisahkan tempat tidurnya dan kamu pukul mereka. Jika mereka telah menurut janganlah kamu cari jalan untuk merugikannya. Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi dan Maha Besar. ~ Surah Annisaa' - ayat 34.
HURAIAN
(Pukulan ini hanya dilakukan jika tiada lagi jalan lain untuk memperbaikinya. Tidak dibolehkan dengan pukulan yang keras atau yang melukai).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan