Rabu, 26 Jun 2013

Cintaku Untukmu Bab 7

Jimmy dan krew penggambaran drama terpegun melihat persekitaran UiTM Shah Alam yang mengagumkan itu. Dijangkakan mereka akan berada di kampus itu selama lebih kurang satu semester iaitu empat bulan. Drama usahasama antara Malaysia dan Taiwan yang mengisahkan dilema seorang pelajar Taiwan yang menerima tawaran pertukaran pelajar yang julung-julung kali diadakan. Jimmy jatuh cinta dengan Malaysia sebaik sahaja menjejakkan kaki di lapapangan terbang KLIA tadi.

Jimmy yang memakai baju T Adidas berwarna putih dan berseluar panjang berpoket tepi itu meneruskan perjalanannya, bersiar-siar. Berada di bumi Malaysia tetap membuatkan dirinya rasa amat dihargai. Rupanya dia juga amat diminati di Malaysia. Wajahnya yang kacak, tubuhnya yang sasa dengan ketinggian 183cm itu amat menarik perhatian.

Jimmy tertarik dengan perwatakan dan pemakaian gadis-gadis Melayu yang belajar di situ. Dia terpesona dengan keayuan mereka yang bertudung kemas, berbaju labuh dan longgar yang baru diketahui jenisnya; baju kurung. Dia seolah-olah jetuh cinta pada gadis-gadis melayu yang penuh adap sopan itu.

<Tapi kenapa tak semuanya berpakaian macam tu? Kenapa ada sesetengah berpakaian seperti gadis-gadis di tempat aku?>

[Tak semua orang suka berpakaian terkurung macam tu.]

<Tapi mereka kelihatan amat lemah lembut dan sopan berpakaian begitu.>

[Lumrah manusia tetap ada yang ingin kelihatan seksi, menarik dan juga menggoda. Seperti Liu Mei.]

<Ya, Liu Mei. Dia seorang yang amat cantik. Seorang yang amat aku cintai.>

[Aku ingatkan kau dah lupakan Liu Mei sebab terpikat dengan gadis Malaysia.] Hatinya tertawa. jimmy rasa tersindir dengan hatinya sendiri.

<Masakaan aku dapat melupakan Liu mei. Dia seorang yang cukup hebat, cantik dan menarik. Aku sayang dan cintakan dia.>

[Tapi Liu Mei dah dua kali meninggalkan kau dan pergi bersama lelaki lain. Bila dia bosan, dia akan kembali pada kau. Dayus!] hatinya membentak.

[Lupakan Liu Mei, carilah seorang gadis yang baik dan boleh dijadikan sebagai isteri.]

<Tapi aku amat cintakan dia.> Jimmy memepertahankan Liu Mei, gadis yang amat dicintainya itu.

[Jimmy, kau dah cukup dewasa, fikirlah matang-matang. Umur kau dah 33 tahun. Kau sepatutnya dah beristeri dan mempunyai anak. Sampai bila kau nak berterussan begini? Kalau kau berterusan begini, bila tua hidup kau akan sunyi.]

<Tapi Liu Mei tak mahukan anak. Katanya, bentuk badannya akan hilang kalau beranak. Sahamnya akan turun.>

[Dia seorang wanita. Sebagai seorang yang lebih tua daripada kau, Liu Mei sepatutnya faham kepentingan isteri dan anak pada seorang lelaki normal seperti kau. Fikirkan lah jimmy. Selama mana kau nak hidup begini.]

Jimmy sendiri bingung dengan perangai Liu Mei. Sudah lima tahun mereka tinggal serumah. tapi Liu Mei tetap enggan berkahwin dengannya sedangkan dia sudah puas meyakinkan Liu Mei yang dia mampu untuk memjanjikan kebahagiaan dan kemewahan buat Liu Mei serta anak mereka.

Srpanjang lima tahun hu\idup bersama, sudah dua kali Liu Mei pergi meninggalkannya kerana mengikut lelaki lain. Seluruh keluarganya dan teman-teman menuduhnya lelaki dayus kerana tetap menerima Liu Mei kembali apabila Liu Mei kembali ke sisinya.

Dia sendiri tidak faham perasaannya. Kerana dia rasa Liu Mei adalah cinta sejatinya. Demi Liu Mei, ditelannya segala kepahitan hidup ini sendiri.Dia mempunyai segala-galanya, wajahnya yang tampan, peminat yang ramai, kegemilangan kerjaya dan juga kemewahan. Tapi itu semua langsung tidak menjanjikan kebahagiaan dalam hidupnya.

Jimmy terus berjalan menyusuri kawasan kolej Cempaka Kenanga. Dilihatnya ramai anak muda duduk berdua, berbual dan bergurau. Kelihatan mereka amat bahagia. Rambutnya dibiarkan jatuh lepas dan sebahagian depan menutupi hampir sebelah wajahnya dan dengan berkaca mata hitam membuatkannya tidak dikenali. Keceriaan dan kebahagiaan mereka membuatkannya cukup berasa cemburu.

Jimmy melangkah terus ke hentian bas di hadapan Kolej Perindu. Menanti bas milik UiTM yang beroperasi sekitar dalam UiTM dan Seksyen 2 juga tempat-tempat yang dijadikan kelas oleh UiTM. Tiba-tiba dia teringin mencuba perkhidmatan percuma itu. Dikelilingi pelajar-pelajar di situ dan disamping ingin belajar cara hidup orang Malaysia, Jimmy tidak mahu malu untuk mencuba dan bertanya apa yang diraguinya.

Sebaik sahaja bas sampai, Jimmy mengambil kerusi yang betul-betul berada di belakang pemandu. Pemandu itu segera mengenali Jimmy.

"Hi, good evening." Sapanya ramah.

"Good evening." Jimmy menjawab ramah.

Satu demi satu destenasi dituju. Bas berhenti di hadapan Kolej Jati.

Jimmy dan pelajar-pelajar UiTM yang lain melangkah turun dari bas yang berhenti di hadapan Kolej Jati itu. Mereka menyeberang jalan menuju ke medan selera di Seksyen 2 itu. Jimmy merayau-rayau di sekeliling. Jimmy ingin mencuba makanan di situ tapi tidak tahu yang mana satu. Sudahnya dia melangkah ke Seven Eleven yang berada di hujung deretan rumah kedai. Sudahnya sandwich dan air Pepsi menjadi pilihannya.

Jimmy termenung di tepi Seven Eleven itu. Matanya ligat memerhati anak-anak muda yang riang ria dengan pelbagai telatah. Tiba-tiba matanya terpaku pada seorang gadis yang tenang berjalan menuju ke arah medan selera dengan tangannya mengendong dua buah fail dan beg sandang bewarna merah tersangkut kemas di bahunya.

<Dia tidak secantik mana. Lima kali lebih cantik Liu Mei tapi kenapa aku begitu tertarik untuk terus memandangnya?>

[Mungkin jodoh kau.]

<Maskan hanya dengan aku tertarik untuk memandangnya kau sudah katakan yang dia jodoh aku.> Jimmy menangkis detik hatinya.

[Hahahaha... kau malu Jimmy. Merahnya muka kau.] Hatinya terus mentertawakannya.

Jimmy terus memandang gadis yang bergerak sendirian itu hingga gadis itu hilang dari pandangan matanya. Jimmy putus asa untuk berjumpa dengannya lagi kerana dia diberitahu yang pelajar kampus itu berjumlah lebih kurang 10000 orang.

<Wahai gadis, selamat berkenalan dan selamat berpisah kerana aku tak mungkin akan dapat berjumpa dengan mu lagi.>

[Apa lemah semangat sangat kau ni.]

Jimmy tidak menghiraukan kata hatinya dan dia terus melangkah pergi. Berjalan perlahan-lahan untuk kembali ke biliknya di Intekma Resort.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cheesy Shrimp Olio. Bahan-bahan: Bawang putih (cincang) Butter (unsalted) Oil (Olive oil) Parsley flakes Red bell pepper/capsi...