Jumaat, 28 Jun 2013

Cintaku Milikmu Bab 8

Jaja mengendong fail mata pelajaran Linear System 2. Beg sandang penuh dengan tiga buah buku rujukan yang baru dipinjam dari perpustakaan sebentar tadi. Senget juga bahunya disebabkan tiga buah buku itu. Jaja berjalan menuju ke kantin yang berada di bawah Menara Sultan Abdul Aziz itu. Tekaknya yang haus itu mamaksanya mempercepatkan langkah kakinya. Mana tidak haus, sejak dari pukul 11.30 pagi hingga sekarang sudah pukul 2.15 petang, tiada setitik air pun melalui kerongkongnya.

Baju kemeja putih longgar yang dipadankan dengan seluar jeans hitam itu sedikit mengerbang ditiup angin kuat petang itu. Jaja berasa tidak selesa dengan keadaan itu. Langkahnya dipercepatkan. Dia menghadiahkan senyuman pada teman-teman yang berselisih dengannya. Semuanya mempunyai agendanya yang tersendiri, almaklumlah semua kelas hari itu telah dibatalkan kerana pensyarah-pensyarah ada mesyuarat tergempar. Dan bagi Jaja, alang-alang sudah berada di kampus, baik dia menyendiri di perpustakaan ada juga faedahnya.

"Jaja!" Laung Hilmi, teman sekelasnya.

Jaja berpaling mencari suara Hilmi yang amat dikenalinya.

Dilihatnya Hilmi tergesa-gesa berlari mendapatkannya. Jaja tersenyum melihat Hilmi. Dia senang sekali bersama dengan Hilmi.

"Ke mana?" Soal Hilmi pendek.

"Kantin la. Haus gila ni."

"Jom, aku belanja tapi nanti kau tolong ajar aku maths. Aku tak faham la." Jaja tersenyum mendengar kata-kata Hilmi. Jaja tersenyum mendengar Hilmi yang cuba membodeknya dengan membelanja air.

Hilmi bukanlah seorang yang tidak pandai, kerana sebelum ini Hilmi yang muda tujuh tahun daripadanya itu adalah antara salah seorang pelajar terbaik diploma kejuruteraan elektrik sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah kejuruteraan elektrik ini bahkan pemuda itu juga mendapat tawaran melanjutkan pengajiannya ke luar negara.

"Kau tu bukannya bodoh, tapi dah malas nak ke kelas, mananya nak faham." Bidas Jaja dan Hilmi hanya tersengih bagaikan kerang busuk.

Mereka melangkah seiringan . Mereka bertembung dengan krew penggambaran yang membabitkan pelakon-pelakon Taiwan yang memang amat diminati oleh Jaja.Salah seorang daripada mereka memerhatikan Jaja dan menegurnya. Jaja membalas, membuatkan langkah mereka terhenti.

Pelakon-pelakon tersebut mengingatkannya pada suaminya, Zulhuzaimy. Sebaik sahaja terkenangkan Zulhuzaimy, hatinya diruntun pilu. Sudah seminggu Zulhuzaimy menghilang. Telefon tidak, apatah lagi menjengoknya. Jaja terasa kehilangan dan kerinduan pada suaminya itu. Jaja rasakan yang dia sudah mula menyintai Zulhuzaimy yang baru dua bulan menjadi suaminya.

Kasih sayang Zulhuzaimy membuatkannya rasa sentiasa dihargai. Zulhuzaimy yang amat lemah lembut dan sentiasa memahami kemahuannya itu membuatkan dia selalu merindui suaminya itu. Dirasakan tindakannya berkahwin dengan Zulhuzaimy adalah sangat tepat. Layanan Zulhuzaimy membuatkannya sentiasa merindui lelaki itu.

"Apa yang Cina tu kata?" Jaja buat-buat tidak dengar soalan Hilmi itu.

"Apa yang kau balas sampai terhenti langkah dia?" Soal Hilmi lagi. Dia tidak puas hati melihat Jaja mempermainkannya dengan buat-buat tidak dengar kata-katanya.

Jaja hanya tersenyum.

"Tak ada apa. Dia tegur, aku jawab la. Tak salahkan?" Hilmi mengangkat bahunya tanda tidak faham dan mengalah kerana walaupun baru sebulan lebih mengenali Jaja, dia cukup faham dengan perangai Jaja. Kalau dia tidak acuh menjawab bermakna dia tidak mahu menjawab.

"Macamana Jaja? Boleh tak kau tolong ajar aku? Pukul berapa daqn kat mana?"

Jaja diam seketika. Berfikir barangkali.

"Hm... Okaylah. Jumpa aku kat library aras tiga, pukul 5.00 petang ni. Kiranya lepas asar la."

"Sekarang tak boleh ke?" Hilmi cuba mengusik Jaja.

"Mi, kalau kau nak suruh aku ajar, kau bagi aku peluang balik dulu. Aku nak balik rehat, mandi. Tak selera aku nak study macam ni. Tak boleh concentrate nanti."

"Okay... Okay... Kita jumpa pukul 5 petang karang." Hilmi mengalah mendengar rintihan Jaja yang dibuat-buat itu.

Jaja menghabiskan minumannya. Pantas dia terus mengendong fail dan beg sandangnya dan terus meninggalkan Hilmi. Jaja mengorakkan langkahnya menuju ke kolej Cempaka Kenanga yang tidak jauh daripada Menara Sultan Abdul Aziz itu, tempat dia meletakkan Perodua Kembara miliknya.

Dia hanya ingin balik mandi, solat dan berehat. Menenangkan fikirannya sebelum mengulangkaji lagi. Hilmi menghantar Jaja pergi dengan pandangan mengharap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cheesy Shrimp Olio. Bahan-bahan: Bawang putih (cincang) Butter (unsalted) Oil (Olive oil) Parsley flakes Red bell pepper/capsi...