Hari ini sekali lagi Jaja menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam selepas konvokesyen yang telah berlangsung lebih kurang tujuh tahun lalu. Universiti yang menyimpan terlalu banyak rahsia hidup Jaja. Dulu di perkarangan inilah dia bergambar dengan gembira meraikan kejayaannya menggenggam segulung Diploma Kejuruteraan Elektrik bersama rakan-rakan sekelas. Di sinilah juga dia menerima ciuman dan pelukan tahniah daripada semua ahli keluarganya dan juga Jan.
Jaja teringatkan bunga yang Jan hadiahkan padanya pada hari konvokesyen itu. Itulah jambangan pertama yang diterimanya daripada Jan selepas bertahun-tahun bercinta. Kata Jan, bunga bukan ukuran cinta, yang penting kasih sayangyang terjalin antara mereka selain kejujuran hati dan kesetiaan. Walaupun berlainan aliran Jaja tahu cinta Jan tetap mengiringi setiap langkahnya dan tidak pernah putus asa memberi semangat dan dorongan pada Jaja yang kadang-kadang tewas dengan tuntutan ilmu.
Dan kini walaupun telah bergelar seorang isteri, Jaja yakin dengan kemampuannyauntuk menyambung kembali pelajaran yang telah tertinggal. Dulu cinta Jan yang memberinya semangat, kini dia mengharapkan suaminya akan mengambil alih tugas itu.
Jaja mendaftar sebagai siswi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik. Satu kursus yang amat diminatinyasemenjak dari bangku sekolah lagi. Dulu Jaja pernah melajutkan pelajarannya tapi kerana kesibukan tugas membuatkannya terpaksa menagguhkan hasratnya. Namun semasa di Taiwan, Jaja ada mengambil kursus dalam bidang merekacipta elektronik tetapi tidak sepenuh masa.
Saat-saat ini Jaja terkenangkan teman-teman sekuliahnya sewaktu menuntut di peringkat diploma dahulu. Masing-masing sudah punya hala tuju yang tersendiri dan kebanyakan mereka sudah pun punya keluarga sendiri dan tidak kurang pula yang terus bekerja di rantauan selepas tamat pengajian.
Terasa sedih pula kerana telah menyisihkan diri dan hilang daripada teman-teman gara-gara membawa diri ke taiwan dahulu. Jaja benar-benar membawa diri ketika itu. Tapi pengalaman hidup di rantau orang seorang diri membuatkan dia lebih tabah untuk mengharungi hidup.
Selesai mendaftarkan pelajaran yang ingin di ambil, Jaja berlalu ke kafe yang terletak di bawah menara Sultan Abdul Aziz itu. Riuh rendah suasana kafe itu dengan suara siswa-siswi yang kecoh bercerita pada teman-teman setelah hampir dua bulan tidak berjumpa lantaran cuti semester.
Jaja mengambil sekeping sandwich dan sebotol air mineral sebagai sarapan paginya pada pagi itu. Dia melabuhkan punggungnya di luar kafe. Terhibur dia melihat telatah siswa-siswi yang bercinta bergurau dan berbual.
"Abang tunggu sekejap ya. Ja nak jumpa Encik Heri sekejap psal projek elektronik tu." Jan mengiyakan permintaan Jaja kerana dia tidak mahu Jaja tergesa-gesa.
"Abang tunggu tau." Jaja takut kalau-kalau Jan marah dengan kesibukannya kerana Jan sanggup datang menjenguknya di kampus sebulan sekali iaitu selang dua minggu Jaja pulang ke kampung walaupun Jan bukan seorang yang panas baran
"Abang tak kisah. Take your time, honey. it's pkey." Jan melegakan hati Jaja.
"Abang tunggu Jaja kat tempat biasa ya. Kalau ada apa-apa nanti Ja call abang okey?" Jan mengiyakan permintaan Jaja.
"Assalamualaikum..." Satu suara menyentakkan lamunan Jaja.
"Hai..." Sapa suara itu lagi.
Jaja berpaling ke arah suara itu.
"Hai..." Kelihatan seorang pemuda yang pada fikiran Jaja seorang muda tiga empat tahun ataupun tujuh tahun daripadanya.
"Hai." Balas Jaja ringkas.
Pemuda yang tinggi lampai itu tersenyum memandang ke arah Jaja.
"Saya Hilmi. Saya nampak awak waktu mendaftar tadi. Since we will be in asame class, I rasa tak salah kalau saya hulurkan salam perkenalan. May I?" Jajatersenyum mendengar kepetahan Hilmi menghulurkan salam perkenalan.
"Jaja."
"Boleh saya tanya satu perkara?" Hilmi melabuhkan punggungnya di atas bangku bertantangan Jaja.
"Kalau tak menjadi kesalahan ataupun tidak terlalu peribadi, saya akan jawab. Tanyalah." Jaja memberikan keizinan kepada Hilmi.
"Kalau tak salah, Jaja ni isteri Zulhuzaimy kan?" Hilmi tersenyum nakal.
Jaja tersenyum mendengar soalan Hilmi itu dan dia mengangguk perlahan-lahan.
"Nice to meet and knowing you." Huluran salam daripada Hilmi disambutnya mesra.
"See you in class. I need to go." Hilmi mengangguk mendengar kata-kata Jaja itu.
Kehidupan ini terlalu berliku... sukar untuk ditafsirkan... Sekali kita melakukan kesilapan sukar untuk dilupakan... sebanyak mana pun kebaikan yang kita berikan... siapalah kita untuk dikenang... Itulah realiti kehidupan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cheesy Shrimp Olio. Bahan-bahan: Bawang putih (cincang) Butter (unsalted) Oil (Olive oil) Parsley flakes Red bell pepper/capsi...

-
Read by Muhammad Amirul on 8 May 2014 Pada zaman dahulu, ada seekor udang galah yang sombong. Ia menganggap dirinya haiwan yang paling bes...
-
Keropok Roda Kari. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Lin di talian 0137131665.
-
Keropok bika kari. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Lin di talian 0137131665.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan