Isnin, 31 Disember 2012

Sakit Dalam Perut

Jika kita sudah berusaha dengan bwerbagai-bagai ubat tetapi penyakit tidak juga sembuh, amalkan minum air rebusan kulit buah delima setiap pagi dan malam selama seminggu. InsyaAllah penyakit tidak akan berulang lagi.

Berhenti Merokok

Makan lima biji buah pelaga dan dua biji bunga cengkih setiap hari selama seminggu. InsyaAllah tabiat merokok dapat dihentikan sedikit demi sedikit, seterusnya berhenti untuk merokok.

Luka

Ambil daun pokok bunga hati-hati. Tumbuk hingga lumat. Letakkan di tempat luka.


Pupukkan bahagian yang luka dengan daun inai yang ditumbuk lumat.


Sapukan air perahan daun dukung anak.

Pelembut Muka atau Hilang Jerawat

Ambil buah belimbing buluh lalu diparut dan dicampurkan dengan sedikit garam. Ambil airnya lalu disapukan di bahagian yang diperlukan. Bilas setelah kering.


Ambil putih telur ayam. Sapukan ke muka. Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air suam.


Campurkan susu tepung dengan air bersih. Tepekkan ke muka setiap malam. Setelah kering basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu.

Selasa, 4 Disember 2012

Pecah Pecah Kaki

Ambil air rebusan halia yang suam dan masukkan kaki ke dalam air sehingga sejuk baru diangkat. Lakukan demikian di petang hari.

Ambil segenggam asam keping dan rebus dengan 5 gelas air. Biarkan ia mendidih sehingga menjadi 3 gelas air sahaja. Sejukkan sehingga suam kuku dan rendam kaki ke dalam air tersebut selama lima minit. Gosokkan asam keping pada bahagian tumit kaki yang pecah.

Ubat Selepas Bersalin

Minum air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk. Amalan ini dapat mengelak dari sengal tulang dan demam.

Supaya badan sentiasa segar, mandilah dengan air rebusan daun dan akar pokok serai.

Sakit Semasa Haid

Minum air rendaman daun pokok kemunting cina yang berbunga putih.

Ambil beberapa potong kunyit tua. Parut dan campurkan dengan asam jawa. Tuang air masak segelas dan tapis. Tambah gula merah secukupnya. Minum di waktu pagi dan petang.

Banyakkan Susu Ibu

Makan daun pokok peria sebagai ulam.

Ambil isi lempoyang, tumbuk hingga hancur. Perah dan ambil airnya. Minum dua kali sehari.

Barah Payudara

Makan biji jintan hitam yang ditumbuk dan dicampurkan madu asli. Makan sekerap yang mungkin.

Ambil isi lempoyang, tumbuk hingga hancur. Perah dan ambil airnya. Minum dua kali sehari.

Kencing Manis

Minum air perahan buah belimbing buluh yang besar dan masih hijau.

Makanlah buah mengkudu yang masak.

Makanlah sentiasa biji buah petai.

Minum air rebusan pokok kemunting cinayang berbunga putih.

Banyakkan makan bawang besar kerana ia mengurangkan gula dalam darah.

Minumlah air kuah atau sup landak.

Darah Tinggi

Minumlah air rebusan daun pokok ati-ati.

Ambil kudup bunga raya dan dimakan.

Makan biji buah peria (turunkan tekanan darah).

Minum air rebusan pokok dukung anak.

Minum air rebusan pokok kemunting cina.

Kencing Berdarah

Ambil pokok dukung anak berserta akarnya. Rebuslah dan minum airnya dua kali sehari. Lakukan selama 5 hari berturut-turut.

Memecahkan Batu Karang

Potong pokok bunga matahari sekadar 1cm dari akarnya. Cabutlah batang tersebut bersama akarnya. Rebus dan minum dua kali sehari. Amalkan sehingga  tak terasa sakit lagi.


Ambil air kelapa muda satu gelas kemudian bubuh ke dalamnya 5 biji lada hitam yang sudah lumat ditumbuk lalu dilakukan selama seminggu. minum sekali sehari atau dua kali sehari.

Memutihkan Gigi

Samada disebabkan rokok atau sebagainya... Ambil biji asam jawa. Gorengkan tanpa minyak. Goreng sehingga kekuningan. tumbuk sampai halus. Ambil biji asam jawa yang ditumbuk halus itu dan gosokkan pada gigi yang dikehendaki dengan kain atau berus gigi.


Campurkan sedikit garam pada ubat gigi. Kemudian gosokkan pada gigi setiap pagi. Gigi akan kelihatan putih berseri.


Coletkan sedikit kapur sirih di putik kapas. Gosok perlahan-lahan di celah gigi yang kuning.

Rambut Berkelemumur

  1. Ambil daun kesum. Tumbuk hingga lumat hingga keluar lendir atau cecairnya. Ambil lendir tersebut dan campurkan sedikit air lalu sapukan ke kulit kepala.
  2. Potong limau nipis dan tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama dan kemudian bilas.
  3. Lumurkan daun pandan yang ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air. Lumur selama 15 minit dan selepas itu cuci dengan air.

Mengurangkan Rambut Gugur

Ambil bawang besar. Hiriskan sedikit. Gosokkan hirisan bawang tersebut pada kulit kepala. InsyaAllah segera tumbuh rambut dan terhindar daripada gugur.

Cheesy Shrimp Olio. Bahan-bahan: Bawang putih (cincang) Butter (unsalted) Oil (Olive oil) Parsley flakes Red bell pepper/capsi...