Read by Muhammad Amirul on 8 May 2014
Pada zaman dahulu, ada seekor udang galah yang sombong. Ia menganggap dirinya haiwan yang paling besar di laut.
"Tiada haiwan laut lain yang lebih besar daripadaku," kata udang galah dengan bongkak. "Aku patut menjadi ketua di laut ini."
Udang galah bertubuh lurus. Ia berjalan dengan megah. Setiap kali berselisih dengan haiwan laut lain, ia akan membuka dadanya.
"Udang galah selalu menganggap dirinya yang paling besar," adu ketam kepada burung laut.
"Pendapat udang galah itu salah," kata burung laut. "Ada haiwan laut yang lebih besar daripadanya."
Burung laut pun bertemu dengan udang galah.
"Mustahil ada haiwan laut yang lebih besar daripadaku," kata udang galah.
"Kalau begitu, ayuh ikut aku ke laut dalam," kata burung laut. "Kau akan tahu perkara yang sebenarnya."
Burung laut pun terbang ke arah selatan. Udang galah pun berenang mengikutinya. Akhirnya mereka sampai di laut dalam.
"Ribut kencang akan berlaku," teriak burung laut kepada udang galah. "Ayuh cari tempat berlindung."
Udang galah pun menyelam. Ia ternampak sebuah gua yang gelap. Ia pun berlindung di dalam gua itu.
"Aku akan selamat berada di sini," fikir udang galah. Ia tidak tahu yang ia berada di dalam lubang hidung seekor ikan paus.
"Hei, keluar dari lubang hidungku, udang galah!" teriak ikan paus. Akhirnya ikan paus terbersin dengan kuat.
Udang galah pun melayang keluar lalu terjatuh di atas batu karang yang keras. Pinggang udang galah pun patah.
Sejak itu, tubuh udang galah pun patah. Kini, ia tahu ada haiwan laut yang lebih besar daripadanya.
Kehidupan ini terlalu berliku... sukar untuk ditafsirkan... Sekali kita melakukan kesilapan sukar untuk dilupakan... sebanyak mana pun kebaikan yang kita berikan... siapalah kita untuk dikenang... Itulah realiti kehidupan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cheesy Shrimp Olio. Bahan-bahan: Bawang putih (cincang) Butter (unsalted) Oil (Olive oil) Parsley flakes Red bell pepper/capsi...

-
Read by Muhammad Amirul on 8 May 2014 Pada zaman dahulu, ada seekor udang galah yang sombong. Ia menganggap dirinya haiwan yang paling bes...
-
Keropok Roda Kari. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Lin di talian 0137131665.
-
Keropok bika kari. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Lin di talian 0137131665.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan