Khamis, 10 Januari 2013

Panduan Membina Kerukunan Rumahtangga

Dalam membina KERUKUNAN RUMAHTANGGA suami atau isteri haruslah mempunyai:
  1. Ilmu
  2. Amal
  3. Ehsan
  4. Memelihara
Apabila suami atau isteri mempunyai sifat ehsan dan sifat memelihara dengan sendirinya suami atau isteri akan mempunyai sifat sabar, bertolak ansur, sayang menyayangi, mudah meminta maaf apabila melakukan kesilapan dan mudah memaafkan pasangannya dan lain-lain.

KUPASAN 1
  • ILMU - Suami/isteri haruslah mempunyai pengetahuan Asas Agama dan Hukum Perkahwinan (panduan hidup bersuami/isteri).
  • AMAL - Suami/isteri haruslah mengamalkan ilmu yang ada.
  • EHSAN - Pengertian ehsan adalah luas, ia meliputi segala-galanya dalam kehidupan bersuami/isteri dan dibahagikan kepada dua:    
                                                          1) Suami/isteri haruslah berlaku ehsan terhadap diri sendiri.
                                                          2) Suami/isteri haruslah berlaku ehsan terhadap pasangannya.
                                        
  • MEMELIHARA - Pengertian memelihara adalah luas, ia meliputi segala-galanya dalam kehidupan bersuami/isteri dan dibahagikan kepada dua:    
                                                          1) Suami/isteri haruslah mempunyai sifat memelihara                                                              diri sendiri.
                                                          2) Suami/ Isteriharuslah mempunyai sifat memelihara mahligai
                                                              yang dibina.

KUPASAN 2
  • SUAMI - Suami yang berilmu tetapi tidak beramal (ehsan pada isteri).
Di sini saya berikan satu contoh daripada seribu duduk perkara (masalah rumahtangga) mengenai suami yang panas baran.

Mulut Celupar dan Ringan Tangan;
Suami jenis ini akan mencemuh, menghina, memaki hamun serta memukul isteri dengan cara keterlaluan apabila isterinya melakukan kesilapan dan kesalahan sekalipun pada perkara yang kecil sedangkan suami itu tahu (berilmu) bahawa ia tidak seharusnya berbuat begitu terhadap isterinya.

Ini jelas menunjukkan suami yang berilmu tetapi tidak beramal bukanlah jenis suami  yang baik. Apabila seseorang suami tidak beramal pada ilmu yang ada dengan sendirinya suami tersebut tidak mempunyai sifat ehsan dan sifat memelihara. Jelas kelihatan terdapatnya kepincangan jauh dari kerukunan dalam rumahtangga yang mana boleh membawa kepada keretakan dan kehancuran (perceraian).

                         Sayang seribu kali sayang
                         Ditelan pahit dibuang sayang
                         Diawal perkahwinan engkaulah yang kusayang
                         Bila berselisihan segala-galanya melayang

Dan bergaullah dengan perempuan-perempuanmu secara patut dan jika kamu kurang suka kepadanya mungkin kiranya apa yang kurang kamu sukai itu tetapi Allah mengadakan kebaikan yang banyak di dalamnya. ~ Surah Annisaa' - ayat 19.

HURAIAN
(Suami hendaklah memperlakukan isterinya dengan baik dan kalau kebetulan dia kurang suka kepada isterinya itu oleh kerana sesuatu keadaan, janganlah dia menurutkan saja perasaan benci itu atau hendak menceraikannya, melainkan hendaklah ditimbangnya lebih dalam, mungkin ada juga kebaikan-kebaikan pada isterinya itu atau mungkin juga kebenciannya tidak berdasarkan pada pertimbangan yang sihat).

Lelaki itu pemimpin bagi perempuan kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari yang lain dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian dari hartanya. Sebab itu perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan-perempuan yang patuh dan menjaga dirinya dipembelakangan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara dirinya. Dan perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan derhaka, berilah kepadanya pengajaran yang baik dan hukumlah dengan memisahkan tempat tidurnya dan kamu pukul mereka. Jika mereka telah menurut janganlah kamu cari jalan untuk merugikannya. Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi dan Maha Besar. ~ Surah Annisaa' - ayat 34.
                             
HURAIAN
(Pukulan ini hanya dilakukan jika tiada lagi jalan lain untuk memperbaikinya. Tidak dibolehkan dengan pukulan yang keras atau yang melukai).



Membuang Kulit Udang

Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Masukkan udang tadi ke dalam air dan biarkan selama 10 minit. Anda akan dapati kulit udang akan terbuka dengan sendirinya.

Membuang Kulit Ikan Caru

Rendam dalam air garam selama 15 minit.

Ketiak Tidak Berbau

Amalkan gosok ketiak dengan lutut atau belakang tangan. Lakukan setiap kali mandi.

Ahad, 6 Januari 2013

Menghilangkan Karat Pada Pakaian

Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan berkarat. Perahkan limau nipis atau limau kasturi. Biarkan seketika. Basuh dengan air sabun.


Gosokkan limau nipis pada pakaian yang terkena karat. rendam dalam air yang dicampur garam. Basuh seperti biasa.

Awet Muda

Selepas bangun tidur, amalkan minum air suam segelas dan baca selawat tiga kali. Amalkan setiap hari. Insyaallah muka anda berseri-seri dan kekal awet muda.

Atasi Kencing Malam

Cari srang semut merintangi jalan. Ambil tanah atau pasir tersebut. Titiskan sedikit air. Sapukan sedikit campuran tadi pada perut dan belakang anak. baca selawat tiga kali sambil menarik nafas.


Ambil satu sudu kecil madu lebah dan perah sedikit air lemon. berikan kepada anak sebelum tidur dan pada waktu pagi.

Hilangkan Bintik Hitam

Parut sebiji timun hingga hancur. Campurkan parutan bersama tepung jagung. Sapukan keseluruh muka dan biarkan hingga kering. Amalkan setiap pagi. Kulit akan nampak bersih dan lembut.


Rendam sehelai tisu dalam dua biji putih telur. Tampal tisu pada tempat yang tumbuh bintik hitam. Tanggalkan tisu setelah kering. Cuci muka dengan air. Lakukan dua kali seminggu.

Elakkan Parut Jerawat

Bancuh tepung kanji bersama putih telur. Sapukan pada jerawat yang baru timbul pada muka. Jerawat akan hilang dan tidak meninggalkan kesan.

Parut Jerawat

Sapukan lendir lidah buaya ke muka untuk merawat parut jerawat.


Dapatkan beberapa helai pucuk jambu batu. Giling atau tumbuk hingga halus. Sapukan ke muka.


Sediakan beberapa sudu tepung ubi yang dibancuh dengan air asam jawa. Biar pekat agar senang disapu. Sapu di muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar hingga kering dan tanggalkan perlahan-lahan.


Ambil tiga atau empat biji buah jambu batu muda. kisar kulitnya sehingga halus. Sapukan kisaran ke bahagian parut jerawat dan biarkan semalaman. Basuh dengan air suam.

Putihkan Kulit

Ambil dua genggam pulut hitam dan basuh. jemur hingga benar-benar kering. Tumbuk sehingga menjadi tepung. Gaul dengan air, sebiji limau nipis dan telur ayam. Sapukan ke muka. Biarkan kering dan bilas dengan air suam.


Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

Hitamkan Rambut

Ambil beberapa helai daun sirih dan daun bunga raya. Hancurkan hingga lumat. Rendam dalam air sehingga semalaman. Gunakan air itu untuk menyapu kulit kepala sambil mengurut perlahan-lahan.

Hilangkan Kedut Muka

Ambil sebiji lobak merah diparut halus. Satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campur dan kacau rata. Sapu di tempat yang berkedut. Biarkan selama 20 minit. Cuci dengan air bersih.

Sabtu, 5 Januari 2013

Hilangkan Parut

Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau pisang kapas.


Gosok setiap hari dengan daun turi yang ditumbuk lumat.


Sapukan dengan sebarang ubat gigi.


Bakar sepotong kayu getah atau rambutan yang masih basah sehingga keluar getahnya. Ambil buih getah tersebut dan sapukan pada bahagian yang berparut.


Ambil kulit pisang emas yang cukup masak. Gosok beberapa kali selama satu atau dua minggu. Sekiranya parut besar lakukannya satu atau dua bulan.


Susu Ibu Hanyir

Amalkan minum air yang dicampur dengan kerak nasi. Amalkan selalu setiap pagi dan petang. bau hanyir akan hilang.

Rahsia Wanita

Ambil segenggam serbuk teh. Letakkan dalam mangkuk. tuang air panas. Duduk di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama dua minit. Selepas itu, basuh rata-rata dengan air teh tersebut. lakukan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.


Ambil dua biji kulit pisang muda, 3 helai daun sirih bertemu urat, sebiji kulit pinang, gambir sebanyak 3 keping dan sedikit kapur sirih. Ramuan tersebut ditumbuk lumat. Kemudian rendam dangan setengah baldi air suam. Basuh faraj dengan air tersebut dua kali sehari.


Ambil segenggam biji peria dan petola ditumbuk bersama biji durian. Bungkus dengan kain dan lekatkan pada rahim (seperti pakai pad) selama satu atau dua jam sehari. Lakukan selama beberapa hari.



Buang Angin

Ambil 5 ulas bawang putih. Bakar jangan sampai hangus. Makanlah bawang tersebut hingga habis.

Cheesy Shrimp Olio. Bahan-bahan: Bawang putih (cincang) Butter (unsalted) Oil (Olive oil) Parsley flakes Red bell pepper/capsi...