Jumaat, 29 Mac 2013

Cara Pengambilan Rumpai Laut

Untuk diminum:
  • Waktu terbaik minum kolagen rumpai laut ni semasa perut kosong.
  • Selepas bangun tidur (sebelum sarapan)
  • Sebelum tidur
  • Ambil air rebusan kolagen rumpai laut dari peti sejuk, ambil 3 sudu besar dam masukkan ke dalam gelas. Campurkan dengan air jus buah atau sunquick.

Untuk masker muka:
  • Selepas rebus rumpai laut, asingkan bahagian yang kasar dengan menapis air rebusan rumpai laut. Ambil sedikit dan sapukan pada muka atau badan.
  • Boleh juga gunakan air rebusan kolagen biasa (untuk diminum) sebagai masker.
  • Campurkan dengan timun atau tomato sebagai bahan masker muka.

Ahad, 24 Mac 2013

Dos Pengambilan Rumpai Laut

Dos pengambilan rumpai laut ni berbeza mengikut peringkat umur...
  • Kanak-kanak dibawah umur 2 tahun tidak dibenarkan.
  • Tidak sesuai untuk ibu bersalin dan wanita di dalam pantang.
  • Orang yang bersalin caesarian hanya boleh mengambil rumpai laut selepas pantang.
  • Kanak-kanak 3 - 6 tahun, 1 sudu kecil, sekali sehari.
  • Umur 7 - 12 tahun ambil 1 sudu besar, dua kali sehari.
  • Bagi umur 12 tahun hingga peringkat remaja, boleh ambil 2 - 3 sudu besar, dua kali sehari.
  • Untuk dewasa, 3 - 4 sudu besar, dua kali sehari.
  • Warga emas, 3 sudu besar, dua kali sehari.
  • Ibu menyusu, untuk memberi tenaga, 2 sudu besar, dua kali sehari.
  • Ibu mengandung : Mengandung 1 - 3 bulan - 1 sudu besar, dua kali sehari.
                                      Mengandung 4 bulan keatas - ambil dos seperti biasa.


Rumpai laut selamat untuk pesakit dan ibu mengandung kerana ia tidak mengandungi bahan kimia dan bahan pengawet. jika terlebih dos, minum air dengan kuantiti yang banyak untuk mengelakkan kepanasan dalam badan serta berlaku kekeringan air dalam badan.

Dulang Hantaran


Dulang untuk disewa.
Harga RM10 setiap satu. Wang akan dikembalikan sebanyak RM7 sekiranya dulang dikembalikan dalam keadaan asal... Murah kan??? Meh sini call saya Pn Lin 0137131665 untuk sebarang pertanyaan.








Harga ikut budjet... Kurangkan kerisauan anda sempena hari pertunangan atau pernikahan. Kalau boleh dapat harga yang murah, buat apa berbelanja lebih kan??? Hubungi Pn. Lin untuk keterangan lanjut di talian 0137131665.

Sedia Menerima Tempahan...

Sedia menerima tempahan seperti berikut:
  • Gubahan untuk majlis pernikahan dan pertunangan.
  • Door gift untuk pelbagai majlis.
  • Cenderahati untuk majlis kanak-kanak.
Harga boleh dirunding mengikut kehendak pelanggan.


Tema warna biru putih untuk majlis pernikahan atau pertunangan....





Sabtu, 23 Mac 2013

Rumpai Laut Kering


Berat : +/- 100g
Harga sebungkus : RM15 tidak termasuk kos penghantaran.
Nak dapatkan kos penghantaran percuma?? Mudah saja... Follow blog ni atau like di facebook https://www.facebook.com/pages/Lutsina-Online/272466386118573 , lepas tu buat pembelian sekurang-kurangnya 5 bungkus. Mudah kan???

Hari Pertama

Hari ni... 24 March 2013.
Kawan bercerita tentang bagusnya rumpai laut, tak sabar nak tengok hasilnya. Pagi ni dah mula gunakan rumpai laut ni. Harap-harap berkesan untuk saya. Kalau product daripada gamat memang tak sesuai dengan saya... Darah dan kulit ni sensitif sangat dan mudah terkena alergi. Guna product 4life ok sangat-sangat tapi harga pula agak mahal. Kalau rumpai laut ni murah dan berpatutan. Process penyediaannya pun tak la rumit sangat.
Semalam dah share dengan kawan-kawan tentang kolagen rumpai laut ni dan ramai juga berminat... Alhamdulillah, tiga dalam satu : untuk Kecantikan, Kesihatan dan Kewangan. Saya memang nak sebarkan pada semua orang kebaikan rumpai laut ni sambil-sambil buat duit!

Kaedah Penyediaan Rumpai Laut


Ha... ni kali pertama saya menyediakan rumpai laut, agak rumit sedikit tapi berbaloi dengan hasilnya. Itu pesan kawan yang dah gunakan rumpai laut nie... Jom kita ikut langkah-langkah macam kat bawah ni...
  1. Basuh rumpai laut mentah. Ramas-ramas seperti membasuh beras sebanyak 5 - 6 kali.
  2. Rendam rumpai laut mentah yang telah dibasuh semalaman. Paling bagus rendam 2 - 6 jam aje agar khasiatnya tidak berkurangan.
  3. Buang air rendaman tadi dan ulang semula langkah 1. Toskan.
  4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus. Air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa.
  5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum ditapis. Tak tapis pun boleh. Letakkan di dalam bekas, simpan dalam peti sejuk.



Ni la hasilnya. Mudah ke rumit??? Terpulang pada anda untuk menjaga kesihatan diri.

Isnin, 18 Mac 2013

Rumpai Laut???


Rumpai laut??? Sesetengah daripada kita bila sebut rumpai laut tu terbayang lumut dan tak tertelan kalau nak makan... Mula-mula dulu saya pun macam tu juga. Sekarang bila dah tau, barulah sedar kesilapan diri kerana tak pernah nak ambil tahu makanan yang banyak khasiatnya ni...

Pernah makan agar-agar?? Lengkong??? Jely??? Alah jelly yang macam-macam perisa tu... Siapa yang tak pernah makan kan? Budak-budak pun suka. Ha... rumpai laut ni macam agar-agar atau jelly juga... cuma kalau yang original, tawar tak ada rasa apa-apa. Kalau nak sedap kita boleh tambah macam-macam perisa macam yang kita buat untuk agar-agar atau jelly tu...

Sabtu, 9 Mac 2013

Apa nak buat???

Hari ni belum ada plan nak kemana-mana. Kepala tengah fikir idea untuk buat cenderahati khas untuk birthday party. Member nak buat hadiah kat anak saudara dia.

Apa ya yang sesuai???

Oh idea... datang la.

Layan pulak kerenah Amirul... Macam-macam dia nak minta kita buat pula...

Okey dah dapat idea rasanya. Nanti bila dah siap saya update gambar dalam blog ni. Good luck, 100pcs cenderahati kanak-kanak. Yang penting ada coklat...

Cheesy Shrimp Olio. Bahan-bahan: Bawang putih (cincang) Butter (unsalted) Oil (Olive oil) Parsley flakes Red bell pepper/capsi...