Jumaat, 28 Jun 2013

Cintaku Milikmu Bab 8

Jaja mengendong fail mata pelajaran Linear System 2. Beg sandang penuh dengan tiga buah buku rujukan yang baru dipinjam dari perpustakaan sebentar tadi. Senget juga bahunya disebabkan tiga buah buku itu. Jaja berjalan menuju ke kantin yang berada di bawah Menara Sultan Abdul Aziz itu. Tekaknya yang haus itu mamaksanya mempercepatkan langkah kakinya. Mana tidak haus, sejak dari pukul 11.30 pagi hingga sekarang sudah pukul 2.15 petang, tiada setitik air pun melalui kerongkongnya.

Baju kemeja putih longgar yang dipadankan dengan seluar jeans hitam itu sedikit mengerbang ditiup angin kuat petang itu. Jaja berasa tidak selesa dengan keadaan itu. Langkahnya dipercepatkan. Dia menghadiahkan senyuman pada teman-teman yang berselisih dengannya. Semuanya mempunyai agendanya yang tersendiri, almaklumlah semua kelas hari itu telah dibatalkan kerana pensyarah-pensyarah ada mesyuarat tergempar. Dan bagi Jaja, alang-alang sudah berada di kampus, baik dia menyendiri di perpustakaan ada juga faedahnya.

"Jaja!" Laung Hilmi, teman sekelasnya.

Jaja berpaling mencari suara Hilmi yang amat dikenalinya.

Dilihatnya Hilmi tergesa-gesa berlari mendapatkannya. Jaja tersenyum melihat Hilmi. Dia senang sekali bersama dengan Hilmi.

"Ke mana?" Soal Hilmi pendek.

"Kantin la. Haus gila ni."

"Jom, aku belanja tapi nanti kau tolong ajar aku maths. Aku tak faham la." Jaja tersenyum mendengar kata-kata Hilmi. Jaja tersenyum mendengar Hilmi yang cuba membodeknya dengan membelanja air.

Hilmi bukanlah seorang yang tidak pandai, kerana sebelum ini Hilmi yang muda tujuh tahun daripadanya itu adalah antara salah seorang pelajar terbaik diploma kejuruteraan elektrik sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah kejuruteraan elektrik ini bahkan pemuda itu juga mendapat tawaran melanjutkan pengajiannya ke luar negara.

"Kau tu bukannya bodoh, tapi dah malas nak ke kelas, mananya nak faham." Bidas Jaja dan Hilmi hanya tersengih bagaikan kerang busuk.

Mereka melangkah seiringan . Mereka bertembung dengan krew penggambaran yang membabitkan pelakon-pelakon Taiwan yang memang amat diminati oleh Jaja.Salah seorang daripada mereka memerhatikan Jaja dan menegurnya. Jaja membalas, membuatkan langkah mereka terhenti.

Pelakon-pelakon tersebut mengingatkannya pada suaminya, Zulhuzaimy. Sebaik sahaja terkenangkan Zulhuzaimy, hatinya diruntun pilu. Sudah seminggu Zulhuzaimy menghilang. Telefon tidak, apatah lagi menjengoknya. Jaja terasa kehilangan dan kerinduan pada suaminya itu. Jaja rasakan yang dia sudah mula menyintai Zulhuzaimy yang baru dua bulan menjadi suaminya.

Kasih sayang Zulhuzaimy membuatkannya rasa sentiasa dihargai. Zulhuzaimy yang amat lemah lembut dan sentiasa memahami kemahuannya itu membuatkan dia selalu merindui suaminya itu. Dirasakan tindakannya berkahwin dengan Zulhuzaimy adalah sangat tepat. Layanan Zulhuzaimy membuatkannya sentiasa merindui lelaki itu.

"Apa yang Cina tu kata?" Jaja buat-buat tidak dengar soalan Hilmi itu.

"Apa yang kau balas sampai terhenti langkah dia?" Soal Hilmi lagi. Dia tidak puas hati melihat Jaja mempermainkannya dengan buat-buat tidak dengar kata-katanya.

Jaja hanya tersenyum.

"Tak ada apa. Dia tegur, aku jawab la. Tak salahkan?" Hilmi mengangkat bahunya tanda tidak faham dan mengalah kerana walaupun baru sebulan lebih mengenali Jaja, dia cukup faham dengan perangai Jaja. Kalau dia tidak acuh menjawab bermakna dia tidak mahu menjawab.

"Macamana Jaja? Boleh tak kau tolong ajar aku? Pukul berapa daqn kat mana?"

Jaja diam seketika. Berfikir barangkali.

"Hm... Okaylah. Jumpa aku kat library aras tiga, pukul 5.00 petang ni. Kiranya lepas asar la."

"Sekarang tak boleh ke?" Hilmi cuba mengusik Jaja.

"Mi, kalau kau nak suruh aku ajar, kau bagi aku peluang balik dulu. Aku nak balik rehat, mandi. Tak selera aku nak study macam ni. Tak boleh concentrate nanti."

"Okay... Okay... Kita jumpa pukul 5 petang karang." Hilmi mengalah mendengar rintihan Jaja yang dibuat-buat itu.

Jaja menghabiskan minumannya. Pantas dia terus mengendong fail dan beg sandangnya dan terus meninggalkan Hilmi. Jaja mengorakkan langkahnya menuju ke kolej Cempaka Kenanga yang tidak jauh daripada Menara Sultan Abdul Aziz itu, tempat dia meletakkan Perodua Kembara miliknya.

Dia hanya ingin balik mandi, solat dan berehat. Menenangkan fikirannya sebelum mengulangkaji lagi. Hilmi menghantar Jaja pergi dengan pandangan mengharap.


Rabu, 26 Jun 2013

Cintaku Untukmu Bab 7

Jimmy dan krew penggambaran drama terpegun melihat persekitaran UiTM Shah Alam yang mengagumkan itu. Dijangkakan mereka akan berada di kampus itu selama lebih kurang satu semester iaitu empat bulan. Drama usahasama antara Malaysia dan Taiwan yang mengisahkan dilema seorang pelajar Taiwan yang menerima tawaran pertukaran pelajar yang julung-julung kali diadakan. Jimmy jatuh cinta dengan Malaysia sebaik sahaja menjejakkan kaki di lapapangan terbang KLIA tadi.

Jimmy yang memakai baju T Adidas berwarna putih dan berseluar panjang berpoket tepi itu meneruskan perjalanannya, bersiar-siar. Berada di bumi Malaysia tetap membuatkan dirinya rasa amat dihargai. Rupanya dia juga amat diminati di Malaysia. Wajahnya yang kacak, tubuhnya yang sasa dengan ketinggian 183cm itu amat menarik perhatian.

Jimmy tertarik dengan perwatakan dan pemakaian gadis-gadis Melayu yang belajar di situ. Dia terpesona dengan keayuan mereka yang bertudung kemas, berbaju labuh dan longgar yang baru diketahui jenisnya; baju kurung. Dia seolah-olah jetuh cinta pada gadis-gadis melayu yang penuh adap sopan itu.

<Tapi kenapa tak semuanya berpakaian macam tu? Kenapa ada sesetengah berpakaian seperti gadis-gadis di tempat aku?>

[Tak semua orang suka berpakaian terkurung macam tu.]

<Tapi mereka kelihatan amat lemah lembut dan sopan berpakaian begitu.>

[Lumrah manusia tetap ada yang ingin kelihatan seksi, menarik dan juga menggoda. Seperti Liu Mei.]

<Ya, Liu Mei. Dia seorang yang amat cantik. Seorang yang amat aku cintai.>

[Aku ingatkan kau dah lupakan Liu Mei sebab terpikat dengan gadis Malaysia.] Hatinya tertawa. jimmy rasa tersindir dengan hatinya sendiri.

<Masakaan aku dapat melupakan Liu mei. Dia seorang yang cukup hebat, cantik dan menarik. Aku sayang dan cintakan dia.>

[Tapi Liu Mei dah dua kali meninggalkan kau dan pergi bersama lelaki lain. Bila dia bosan, dia akan kembali pada kau. Dayus!] hatinya membentak.

[Lupakan Liu Mei, carilah seorang gadis yang baik dan boleh dijadikan sebagai isteri.]

<Tapi aku amat cintakan dia.> Jimmy memepertahankan Liu Mei, gadis yang amat dicintainya itu.

[Jimmy, kau dah cukup dewasa, fikirlah matang-matang. Umur kau dah 33 tahun. Kau sepatutnya dah beristeri dan mempunyai anak. Sampai bila kau nak berterussan begini? Kalau kau berterusan begini, bila tua hidup kau akan sunyi.]

<Tapi Liu Mei tak mahukan anak. Katanya, bentuk badannya akan hilang kalau beranak. Sahamnya akan turun.>

[Dia seorang wanita. Sebagai seorang yang lebih tua daripada kau, Liu Mei sepatutnya faham kepentingan isteri dan anak pada seorang lelaki normal seperti kau. Fikirkan lah jimmy. Selama mana kau nak hidup begini.]

Jimmy sendiri bingung dengan perangai Liu Mei. Sudah lima tahun mereka tinggal serumah. tapi Liu Mei tetap enggan berkahwin dengannya sedangkan dia sudah puas meyakinkan Liu Mei yang dia mampu untuk memjanjikan kebahagiaan dan kemewahan buat Liu Mei serta anak mereka.

Srpanjang lima tahun hu\idup bersama, sudah dua kali Liu Mei pergi meninggalkannya kerana mengikut lelaki lain. Seluruh keluarganya dan teman-teman menuduhnya lelaki dayus kerana tetap menerima Liu Mei kembali apabila Liu Mei kembali ke sisinya.

Dia sendiri tidak faham perasaannya. Kerana dia rasa Liu Mei adalah cinta sejatinya. Demi Liu Mei, ditelannya segala kepahitan hidup ini sendiri.Dia mempunyai segala-galanya, wajahnya yang tampan, peminat yang ramai, kegemilangan kerjaya dan juga kemewahan. Tapi itu semua langsung tidak menjanjikan kebahagiaan dalam hidupnya.

Jimmy terus berjalan menyusuri kawasan kolej Cempaka Kenanga. Dilihatnya ramai anak muda duduk berdua, berbual dan bergurau. Kelihatan mereka amat bahagia. Rambutnya dibiarkan jatuh lepas dan sebahagian depan menutupi hampir sebelah wajahnya dan dengan berkaca mata hitam membuatkannya tidak dikenali. Keceriaan dan kebahagiaan mereka membuatkannya cukup berasa cemburu.

Jimmy melangkah terus ke hentian bas di hadapan Kolej Perindu. Menanti bas milik UiTM yang beroperasi sekitar dalam UiTM dan Seksyen 2 juga tempat-tempat yang dijadikan kelas oleh UiTM. Tiba-tiba dia teringin mencuba perkhidmatan percuma itu. Dikelilingi pelajar-pelajar di situ dan disamping ingin belajar cara hidup orang Malaysia, Jimmy tidak mahu malu untuk mencuba dan bertanya apa yang diraguinya.

Sebaik sahaja bas sampai, Jimmy mengambil kerusi yang betul-betul berada di belakang pemandu. Pemandu itu segera mengenali Jimmy.

"Hi, good evening." Sapanya ramah.

"Good evening." Jimmy menjawab ramah.

Satu demi satu destenasi dituju. Bas berhenti di hadapan Kolej Jati.

Jimmy dan pelajar-pelajar UiTM yang lain melangkah turun dari bas yang berhenti di hadapan Kolej Jati itu. Mereka menyeberang jalan menuju ke medan selera di Seksyen 2 itu. Jimmy merayau-rayau di sekeliling. Jimmy ingin mencuba makanan di situ tapi tidak tahu yang mana satu. Sudahnya dia melangkah ke Seven Eleven yang berada di hujung deretan rumah kedai. Sudahnya sandwich dan air Pepsi menjadi pilihannya.

Jimmy termenung di tepi Seven Eleven itu. Matanya ligat memerhati anak-anak muda yang riang ria dengan pelbagai telatah. Tiba-tiba matanya terpaku pada seorang gadis yang tenang berjalan menuju ke arah medan selera dengan tangannya mengendong dua buah fail dan beg sandang bewarna merah tersangkut kemas di bahunya.

<Dia tidak secantik mana. Lima kali lebih cantik Liu Mei tapi kenapa aku begitu tertarik untuk terus memandangnya?>

[Mungkin jodoh kau.]

<Maskan hanya dengan aku tertarik untuk memandangnya kau sudah katakan yang dia jodoh aku.> Jimmy menangkis detik hatinya.

[Hahahaha... kau malu Jimmy. Merahnya muka kau.] Hatinya terus mentertawakannya.

Jimmy terus memandang gadis yang bergerak sendirian itu hingga gadis itu hilang dari pandangan matanya. Jimmy putus asa untuk berjumpa dengannya lagi kerana dia diberitahu yang pelajar kampus itu berjumlah lebih kurang 10000 orang.

<Wahai gadis, selamat berkenalan dan selamat berpisah kerana aku tak mungkin akan dapat berjumpa dengan mu lagi.>

[Apa lemah semangat sangat kau ni.]

Jimmy tidak menghiraukan kata hatinya dan dia terus melangkah pergi. Berjalan perlahan-lahan untuk kembali ke biliknya di Intekma Resort.



Cintaku Untukmu Bab 6

Hari ini sekali lagi Jaja menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam selepas konvokesyen yang telah berlangsung lebih kurang tujuh tahun lalu. Universiti yang menyimpan terlalu banyak rahsia hidup Jaja. Dulu di perkarangan inilah dia bergambar dengan gembira meraikan kejayaannya menggenggam segulung Diploma Kejuruteraan Elektrik bersama rakan-rakan sekelas. Di sinilah juga dia menerima ciuman dan pelukan tahniah daripada semua ahli keluarganya dan juga Jan.

Jaja teringatkan bunga yang Jan hadiahkan padanya pada hari konvokesyen itu. Itulah jambangan pertama yang diterimanya daripada Jan selepas bertahun-tahun bercinta. Kata Jan, bunga bukan ukuran cinta, yang penting kasih sayangyang terjalin antara mereka selain kejujuran hati dan kesetiaan. Walaupun berlainan aliran Jaja tahu cinta Jan tetap mengiringi setiap langkahnya dan tidak pernah putus asa memberi semangat dan dorongan pada Jaja yang kadang-kadang tewas dengan tuntutan ilmu.

Dan kini walaupun telah bergelar seorang isteri, Jaja yakin dengan kemampuannyauntuk menyambung kembali pelajaran yang telah tertinggal. Dulu cinta Jan yang memberinya semangat, kini dia mengharapkan suaminya akan  mengambil alih tugas itu.

Jaja mendaftar sebagai siswi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik. Satu kursus yang amat diminatinyasemenjak dari bangku sekolah lagi. Dulu Jaja pernah melajutkan pelajarannya tapi kerana kesibukan tugas membuatkannya terpaksa menagguhkan hasratnya. Namun semasa di Taiwan, Jaja ada mengambil kursus dalam bidang merekacipta elektronik tetapi tidak sepenuh masa.

Saat-saat ini Jaja terkenangkan teman-teman sekuliahnya sewaktu menuntut di peringkat diploma dahulu. Masing-masing sudah punya hala tuju yang tersendiri dan kebanyakan mereka sudah pun punya keluarga sendiri dan tidak kurang pula yang terus bekerja di rantauan selepas tamat pengajian.

Terasa sedih pula kerana telah menyisihkan diri dan hilang daripada teman-teman gara-gara membawa diri ke taiwan dahulu. Jaja benar-benar membawa diri ketika itu. Tapi pengalaman hidup di rantau orang seorang diri membuatkan dia lebih tabah untuk mengharungi hidup.

Selesai mendaftarkan pelajaran yang ingin di ambil, Jaja berlalu ke kafe yang terletak di bawah menara Sultan Abdul Aziz itu. Riuh rendah suasana kafe itu dengan suara siswa-siswi yang kecoh bercerita pada teman-teman setelah hampir dua bulan tidak berjumpa lantaran cuti semester.

Jaja mengambil sekeping sandwich dan sebotol air mineral sebagai sarapan paginya pada pagi itu. Dia melabuhkan punggungnya di luar kafe. Terhibur dia melihat telatah siswa-siswi yang bercinta bergurau dan berbual.

"Abang tunggu sekejap ya. Ja nak jumpa Encik Heri sekejap psal projek elektronik tu." Jan mengiyakan permintaan Jaja kerana dia tidak mahu Jaja tergesa-gesa.

"Abang tunggu tau." Jaja takut kalau-kalau Jan marah dengan kesibukannya kerana Jan sanggup datang menjenguknya di kampus sebulan sekali iaitu selang dua minggu Jaja pulang ke kampung walaupun Jan bukan seorang yang panas baran

"Abang tak kisah. Take your time, honey. it's pkey." Jan melegakan hati Jaja.

"Abang tunggu Jaja kat tempat biasa ya. Kalau ada apa-apa nanti Ja call abang okey?" Jan mengiyakan permintaan Jaja.

"Assalamualaikum..." Satu suara menyentakkan lamunan Jaja.

"Hai..." Sapa suara itu lagi.

Jaja berpaling ke arah suara itu.

"Hai..." Kelihatan seorang pemuda yang pada fikiran Jaja seorang muda tiga empat tahun ataupun tujuh tahun daripadanya.

"Hai." Balas Jaja ringkas.

Pemuda yang tinggi lampai itu tersenyum memandang ke arah Jaja.

"Saya Hilmi. Saya nampak awak waktu mendaftar tadi. Since we will be in asame class, I rasa tak salah kalau saya hulurkan salam perkenalan. May I?" Jajatersenyum mendengar kepetahan Hilmi menghulurkan salam perkenalan.

"Jaja."

"Boleh saya tanya satu perkara?" Hilmi melabuhkan punggungnya di atas bangku bertantangan Jaja.

"Kalau tak menjadi kesalahan ataupun tidak terlalu peribadi, saya akan jawab. Tanyalah." Jaja memberikan keizinan kepada Hilmi.

"Kalau tak salah, Jaja ni isteri Zulhuzaimy kan?" Hilmi tersenyum nakal.

Jaja tersenyum mendengar soalan Hilmi itu dan dia mengangguk perlahan-lahan.

"Nice to meet and knowing you." Huluran salam daripada Hilmi disambutnya mesra.

"See you in class. I need to go." Hilmi mengangguk mendengar kata-kata Jaja itu.

Cheesy Shrimp Olio. Bahan-bahan: Bawang putih (cincang) Butter (unsalted) Oil (Olive oil) Parsley flakes Red bell pepper/capsi...