"Hai... Sorry, aku lambat sikit." Jaja meletakkan buku notanya di hadapan Hilmi. Jaja menghadiahkan senyuman buat Hilmi. Hilmi membalas senyuman Jaja.
"Ii's okay. Baru lima belas minit. Lagipun aku tengah tengok-tengok dulu nota yang aku ambil dari kelas tadi." Jaja melabuhkan punggung pada kerusi yang bertentangan dengan Hilmi.
"Faham tak?" Hilmi tidak membalas soalan Jaja.
"Ja, kuiz yang Encik Zack nak bagi tu bila?" Jaja memanggungkan kepalanya, menatap wajah Hilmi.
"Kuiz? Kuiz apa?" Soal Jaja kembali.
"Ala, kuiz untuk chapter 3 ni. Kan ke dia cakap dia nak bagi dua kuiz untuk chapter ni sebelum dia bagi test." Jaja mengangguk-anggukkan kepalanya tanda ingat.
"Kalau tak silap aku la Mi, kelas hari Jumaat ni. First period." Balas Jaja.
"Alamak, tinggal dua hari je. Sempat ke aku nak study?" Hilmi gelabah.
"Rilek la, kuiz tu open book. Kau mesti boleh jawab punyalah." Jaja memberikan semangat kepada Hilmi.
"Ja... cepat ajar aku. Open book pun kalau tak faham, tak guna juga." Balas Hilmi kelam kabut. Jaja tertawa.
Setelah satu jam berbincang, Jaja dan Hilmi mengambil keputusan untuk pulang.
"Ja... susah tak jadi isteri pelakon?" Jaja tersenyum memandang Hilmi dan berlalu masuk ke dalam kembaranya tanpa membalas soalan Hilmi.
Jaja membuntuti kereta Hilmi dari belakang. Hilmi membelok masuk ke arah medan selera seksyen 2. Jaja memberhentikan keretanya bersebelahan dengan kereta Hilmi. Hilmi memberi isyarat agar Jaja tidak turun dari kereta. Jaja menurut permintaan Hilmi walaupun dia tidak mengerti kenapa. Rupanya Hilmi ingin membukakan pintu buatnya. Jaja ketawa riang.
"Cepatlah... aku lapar ni." Gesa Hilmi pada Jaja.
"Macam orang kebulur." Bidas Jaja pada Hilmi.
"Memang dah kebulur dah ni. Tunggu kau lambat sangat. Jalan terhegeh-hegeh macam pengantin." Hilmi membalas jaja, selamba.
Mereka berdua berjalan beriringan ke satu sudut yang digelar engine corner. Jaja memilih untuk makan nasi ayam dan air batu campur manakala Hilmi memilih untuk makan nasi goreng ayam dan air barli suam.
Jaja gemar makan air batu campur di seksyen 2 itu kerana berlainan dengan ABC yang selalu dimakannya di utara. Di situ, ABC dihiasi dengan coklat pekat lagi likat sebagai topping sedangkan di utara setahu Jaja atanya hanya dihiasi dengan susu pekat manis dan jagung tin. Itulah antara tarikan ABC di situ buat Jaja.
"Takkan kau tak ada awek? Aku macam tak percayalah." Suara Jaja yang tiba-tiba itu mengejutkan Hilmi daripada keasyikan menjamah makanan. Hilmi memandang wajah Jaja dengan 1001 tanda tanya.
"Tiba-tiba je tanya aku macam tu." Ujar Hilmi tanpa menjawab soalan Jaja.
"Kau tak jawab soalan aku." Balas Jaja kembali.
"Aku dah bertunang dengan sepupu aku. Dia dah futher study ke Jepun. Kalau tak ada aral, dua tahun lagi dia nak balik ke sini dan kami akan kahwin." Balas Hilmi selamba tanpa memandang Jaja.
Jaja nampak riak kurang gembira di wajah Hilmi. Seakan pertalian yang terjalin tidak diingininya. Seakan terpaksa memenuhi hajat orang lain.
"Cinta adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa, Mi. Ia lahir tanpa dipinta. Klau kau yakin dia mampu memberi dan berkongsi kebahagiaan deangn kau dan juga keluarga kau, kau dah peroleh sebahagian syurga dunia." Hilmi menghentikan suapannya. Melihat Jaja yang seakan sedang melayan perasaan sendiri.
"Hubungan kami atas pilihan keluarga, tapi sejak kecil lagi tunang aku tu memang dah lama syok kat aku. Cuma aku saja yang tak boleh anggap dia macam tu sebab bagi aku dia dah macam adik aku sendiri." Jaja memandang Hilmi sambil tersenyum kelat.
"Tapi demi keluarga, aku akur sebagai anak. Yalah kan, pada aku restu keluarga aku lebih penting adn itu kunci bahagia yang aku cari. Tapi bila mengenangkan permintaan keluarga, aku cuba belajar untuk menerima dia sebagai tunang dan bakal isteri aku."
<Anak soleh juga rupanya mamat ni. Tapi nampak macam kutu haprak pun ada gak.> Jaja manganggukkan kepalanya sambil tersenyum sumbing.
"Kau ngumpat aku dalam hati ye..." Usik Hilmi apabila melihat Jaja tersenyum seorang diri.
Sebenarnya Jaja, aku jatuh cinta pada kau. Tapi aku masih waras untuk menilai yang mana halal dan yang mana haram. Aku harap biarlah hanya aku yang tahu rahsia hati ini sampai bila-bila pun... demi persahabatan kita...! Aku harap kita akan begini selamanya!!
Kehidupan ini terlalu berliku... sukar untuk ditafsirkan... Sekali kita melakukan kesilapan sukar untuk dilupakan... sebanyak mana pun kebaikan yang kita berikan... siapalah kita untuk dikenang... Itulah realiti kehidupan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Cheesy Shrimp Olio. Bahan-bahan: Bawang putih (cincang) Butter (unsalted) Oil (Olive oil) Parsley flakes Red bell pepper/capsi...

-
Read by Muhammad Amirul on 8 May 2014 Pada zaman dahulu, ada seekor udang galah yang sombong. Ia menganggap dirinya haiwan yang paling bes...
-
Keropok Roda Kari. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Lin di talian 0137131665.
-
Keropok bika kari. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Lin di talian 0137131665.