Ahad, 27 April 2014

Chocolate Moist Cake (Kek Coklat Kukus)





27 April 2014
Kek Coklat Kukus... Kek coklat yang terasa lembab dan enak. sesuai untuk semua peringkat umur.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Lin di talian 0137131665.

Rugi kalau tak cuba!



29 April 2014
Terima kasih untuk Kila yang sedia membantu untuk promote kek coklat moist ni. Nak tau rahsia kek ni sedap?? Serbuk koko dan tepung mesti diayak. Buat dengan hati yang ikhlas. Order untuk minggu depan dah ada... TQ. Seronok bila customer yang merasa kek ni puas hati dan beri komen yang sedap didengar...


30 April 2014
Anak memang suka dengan roti atau kek coklat... Malam ni buat 2 order untuk kek coklat kukus... anak pun tempah sekali... Alhamdulillah, anak saya ni pun boleh jadi tester sebab dia memilih kalau tentang makanan. Kalau dia suka... Alhamdulillah...

18 Mei 2014
Delivery untuk hari ni dah selesai... Thanks for the order. 2pcs Chocolate Moist Cake with topping, 1pc without topping.... harap customer puas hati.  Tengah siapkan tempahan untuk esok (2pcs chocolate moist cake with almond nut topping).

19 Mei 2014
Delivery order untuk kek coklat hari ni menarik minat seorang kawan untuk order. Walaupun 1pc.. pintu rezeki tetap terbuka untuk saya.. Alhamdulillah...

21 Mei 2014
Pagi ni bawa kek yang malam tadi saya kukus... Semoga customer puas hati.. Semua fresh dari dapur "Lutsina's Home" ... Ya Allah perluaskanlah rezekiku...

22 Mei 2014
Order dari "adik angkat" yang banyak bagi sokongan dan dorongan untuk usaha saya... Tempahan untuk minggu depan...

Isnin, 21 April 2014

Serunding Udang






Serunding udang... dijamin sedap. Sesuai untuk inti pulut atau inti mini popiah. Sesuaikan dengan apa sahaja yang anda inginkan. Untuk tempahan dan maklumat lanjut hubungi Pn Lin di talian 0137131665.


Rabu, 16 April 2014

Keropok Roda Kari






Keropok Roda Kari. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Lin di talian 0137131665.

Keropok Bika Kari


Keropok bika kari. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Lin di talian 0137131665.

Keropok Belinjau






Keropok Belinjau. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Lin di talian 0137131665.

Kerepek Ubi Pedas (Kering)






Kerepek ubi pedas (kering). Rangup dan tidak melekit. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi Pn. Lin di talian 0137131665.

Keropok Kacang Hijau


Keropok kacang hijau. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi Pn. Lin di talian 0137131665.

Rabu, 9 April 2014

Hari Malang Daniel

Read by Muhammad Amirul on 8 April 2014

Pagi itu sungguh sejuk. Daniel tidur nyenyak.

"Daniel! Bangunlah kamu sudah lewat ni," ibu Daniel mengejutkannya. Daniel bangun sambil menggosok-gosok matanya.

Daniel melihat jam di dinding biliknya.

"Alamak!" Daniel terjerit.


Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Daniel lambat bangun pagi itu kerana malam tadi dia menonton televisyen sehingga pukul 11.00 malam

"Mengapa ibu tidak kejut saya awal-awal?" tanya Daniel.

''Ibu sudah kejut tadi, tetapi kamu terus tidur?" kata ibu Daniel.

Daniel berlari-lari ke bilik air. Dia menggosok gigi dan mandi tergesa-gesa.

Selepas mandi Daniel memakai pakaian sekolah. Dia berpakaian dengan tergesa-gesa kerana takut ketinggalan bas.

"Pon! pon!" kedengaran bunyi hon bas sekolah.

Daniel terus mencapai beg sekolahnya.Dia berlari ke pintu depan rumahnya.

"Saya pergi dulu, ibu! jerit Daniel.

"Eh, nanti dulu!" ibu Daniel menjerit.

Tetapi Daniel sudah berlari menaiki bas.

Ibu Daniel menggeleng-gelengkan kepala. Dia sudah menyiapkan bekal untuk Daniel kerana daniel tidak sempat bersarapan.

Di sekolah, Daniel berasa sangat lapar. Dia tidak dapat memberikan perhatian kepada pelajaran. Dia tidak sabar menunggu waktu rehat untuk makan.


Apabila loceng rehat berbunyi, Daniel berlari ke kantin. Perutnya sudah berbunyi. Dia tidak sabar lagi untuk makan.

Apabila tiba di kantin, Daniel menyeluk sakunya. Dia mendapati tidak ada duit dalam sakunya. Dia terlupa meminta duit belanja daripada ibunya.

Daniel meninggalkan kantin dengan perut yang lapar. Dia tidak mahu meminjam duit daripada rakan-rakannya. Dia hanya duduk di Taman Sains sepanjang waktu rehat itu.

Apabila peljaran disambung semula selepas rehat, Daniel berasa semakin lapar. Dia berasa letih. Dia tidak dapat memberi perhatian kepada apa yang diajar oleh gurunya.

Beberapa kali Daniel hampir terlelap ketika guru mengajar. Kepalanya terasa pening sedikit kerana tidak makan sejak pagi.

"Mengapa dengan kamu ni, Daniel? Cikgu Anita bertanya Daniel. Cikgu Anita mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.

"Tidak ada apa-apa cikgu," Daniel cuba berbohong.

"Saya nampak kamu letih dan mengantuk saja. Kamu sakitkah?" tanya Cikgu Anita lagi.

Akhirnya Daniel menceritakan apa yang berlaku kepada Cikgu Anita.

"Mengapa kamu tidak beritahu cikgu awal-awal? Sekarang ni kantin pun dah nak tutup, " kata Cikgu Anita.

"Ini pengajaran untuk kamu. Lain kali jangan leka tengok televisyen. Barulah boleh bangun awal," kata Cikgu Anita lagi.

Daniel mengangguk-angguk.

" Ini pengajaran bagi kamu. Lain kali jangan menonton televisyen hingga lewat malam," kata Cikgu Anita.

"Makan dengan teratur sangat penting untuk kita. Saya rasa kamu sudah belajar tentang ini dalam pelajaran Sains?"

"Ya, cikgu," jawabDaniel dan rakan-rakannya yang lain.

"Apa yang berlaku jika kita tidak makan?" tanya Cikgu Anita kepada murid-murid dalam kelas Daniel.

"Jadi macam Daniel!" jawab seorang murid.

Murid-murid yang lain tertawa.

Sejak itu Daniel tidak lagi menonton televisyen sehingga lewat malam. Dia masuk tidur awal.Sekarang dia lebih mudah untuk bangun awal untuk ke sekolah.


** Fakta Sains**

Kita perlukan makanan.
  • Kita perlu makan dan minum untuk terus hidup.
  • Kita perlu makan pelbagai jenis makanan untuk terus hidup.

**Daftar Kata**
  •  breakfast               - sarapan pagi
  • dinner                     - makan malam
  • drink                      - minum
  • eat                         - makan
  • energy                    - tenaga
  • food                       - makanan
  • grow                      - membesar
  • healthy                   - sihat
  • hungry                    - lapar
  • lunch                      - makan tengah hari
  • weak                      - letih





Cheesy Shrimp Olio. Bahan-bahan: Bawang putih (cincang) Butter (unsalted) Oil (Olive oil) Parsley flakes Red bell pepper/capsi...