Sabtu, 23 Mac 2013

Kaedah Penyediaan Rumpai Laut


Ha... ni kali pertama saya menyediakan rumpai laut, agak rumit sedikit tapi berbaloi dengan hasilnya. Itu pesan kawan yang dah gunakan rumpai laut nie... Jom kita ikut langkah-langkah macam kat bawah ni...
  1. Basuh rumpai laut mentah. Ramas-ramas seperti membasuh beras sebanyak 5 - 6 kali.
  2. Rendam rumpai laut mentah yang telah dibasuh semalaman. Paling bagus rendam 2 - 6 jam aje agar khasiatnya tidak berkurangan.
  3. Buang air rendaman tadi dan ulang semula langkah 1. Toskan.
  4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus. Air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa.
  5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum ditapis. Tak tapis pun boleh. Letakkan di dalam bekas, simpan dalam peti sejuk.



Ni la hasilnya. Mudah ke rumit??? Terpulang pada anda untuk menjaga kesihatan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cheesy Shrimp Olio. Bahan-bahan: Bawang putih (cincang) Butter (unsalted) Oil (Olive oil) Parsley flakes Red bell pepper/capsi...